Militan Indonesia yang dibebaskan minggu lalu selepas menjalani separuh daripada hukuman penjara 20 tahun kerana membuat bahan letupan yang digunakan dalam insiden pengeboman Bali 2002 memohon maaf kepada keluarga mangsa.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Hisyam Alizein atau lebih dikenali dengan Umar Patek, adalah ahli terkemuka rangkaian Al-Qaeda Jemaah Islamiah, yang dipersalahkan atas letupan di dua kelab malam di Pantai Kuta.
Insiden itu mengorbankan 202 orang kebanyakannya pelancong asing termasuk 88 warga Australia dan 11 lagi mangsa adalah rakyat Hong Kong.
Patek yang memakai baju kelabu dan berkopiah tradisional Jawa, mendapat sambutan hangat daripada rakan lamanya yang sebahagiannya bekas banduan menyertai program deradikalisasi diketuai Fauzi.
Pihak berkuasa Indonesia berkata, Patek berjaya direformasi di penjara dan mereka akan menggunakannya untuk mempengaruhi militan lain supaya menjauhi keganasan.
Bagaimanapun, Patek masih dipantau dan perlu menyertai program bimbingan sehingga parolnya tamat pada 29 April 2030.
————————————————————————-
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro
▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy
▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy
▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy
Comments
Comments are disabled for this post.